27 June 2013

Sijil Halal 2013

Ok, ini adalah sijil halal Shaklee bagi tahun 2013. Setiap tahun sijil halal ini akan diperbaharui. Ramai juga yang masih meragui kehalalan produk Shaklee hanya disebabkan ia adalah produk dari luar negara.

Produk luar negara (semua jenama) , sememangnya tidak ada tanda halal pada botol kerana ia dibungkus (packaging) di luar negara. Untuk masuk ke Malaysia, hanya perlukan sijil halal yang disahkan oleh negara itu sendiri yang mana badan Islam tersebut diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). So, anda boleh semak kat link ini, mana-mana badan islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. 



Ini sijil yang dikeluarkan oleh pihak Islamic services of America, sebuah badan Islam di Amerika Syarikat. maklumat tentang ISA ;



Sijil ni original yea, tak der istilah edit. Kalau masih ragu-ragu jugak, anda boleh ke Home Office Shaklee terus dan minta tengok sendiri kesahihan sijil ini. Bagi syarikat nutrisi Shaklee yang telah bertapak selama lebih 50 tahun, isu ini adalah isu yang perlu dititikberatkan. 

Shaklee Malaysia Home Office
Shaklee Products (M) Sdn Bhd

A-3A-02, Empire Tower

Empire Subang 

Jalan SS16/1

47500 Subang Jaya

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199 (Customer Service)


Business Hours
Monday to Saturday: 10:00 a.m. to 7:00 p.m.



Contact Person

Catherine Chai, 

Assistant Customer Service Manager
Website Shaklee : www.shaklee.com.my

Soalan femes : kenapa tak tampal tanda halal kat setiap botol?? 
Ini jawapanya ;
"Shaklee di yakini HALAL. Sijil HALAL dikeluarkan oleh Jabantan Agama Islam US (ISA) dan ada sijil terbaru 2013. Dekat botol takde logo halal sebab sijil dah dikeluarkan. So dalam sijil dah list down all the product with HALAL CERTIFICATION."
Lagi satu isu yang berbangkit nape takde logo HALAL JAKIM.
"JAKIM hanya keluarkan sijil/logo HALAL untuk produk yang dihasilkan di dalam MALAYSIA sahaja. Untuk keluarkan sijil/logo HALAL tu pihak JAKIM perlu pegi ke premis2 yang keluarkan produk tersebut. Ada bnyk lagi premis yang mintak di sahkan HALAL kat MALAYSIA ni masih dalam queue. Adakah JAKIM akan ke US untuk menentukan sah HALAL produk SHAKLEE? So kite serahkan kepada badan berwajib di sana untuk mengeluarkan sijil HALAL ni. Diorang pun sangat particular bab HALAL. Once dah kata HALAL tapi in case tak HALAL, company pengeluar boleh di saman juta2 dolar tau.. Shaklee sendiri apply HALAL ni in group.. tu sebab keluar sijil. Kalau kita tgk produk2 lain yang dijual kat farmasi pun takde cop HALAL."
Lagi isu halal Shaklee...


Okey, harap entry ini dapat membantu anda untuk lebih yak in dan tidak was-was menggunakan produk Shaklee. Saya sebagai pengedar dan juga pengguna tegar, yakin 100% Shaklee adalah HALAL, SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI dan saya ingin berkongsi kebaikannya dengan semua orang islam di luar sana. Tak bermaksud saya mengagungkan produk luar, tetapi tak salah kan kalo yang baik kita ambil. Makanan-makanan Sunnah juga tetap saya amalkan. Tiada isu produk sunnah ke apa..yang baik kita ambik, yang tak bagus....tinggalkan lah..jangan ikut pulak, kann...

Sebarang kemusykilan dan nak tahu info lebih lanjut tentang nutrisi/produk SHAKLEE, jangan segan silu untuk hubungi saya yea. Setiap pembelian di honeyonnee.com , anda layak mendapat free consultation berterusan after sale services, jadual pengambilan vitamin dan tips-tips kesihatan bersama Shaklee.

Mashitah Mamat
019.312 1609
sheetah82@yahoo.com
www.honeyonnee.com

17 June 2013

Shaklee Malaysia lancar CoQHealth Plus



Bradford Richardson (kanan) bersama Victor Lim (dua dari kiri) dan Cindy Latham (kiri) melancarkan produk baharu dari Shaklee, CoQHealth semasa Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 di Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia), melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson berkata, produk terbaharu yang ditawarkan itu mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28 miligram (mg) zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau.

"Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.

"Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013.

CoQHealth Plus dijual pada harga RM124 kepada bukan ahli manakala hanya RM99 bagi ahli.

Yang turut hadir Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Shaklee, Cindy Latham.
Utusan Malaysia Online

Berminat nak cuba COQHealth Shaklee, jangan segan silu untuk hubungi saya yea (<__>)

Sheetah [ID No: 881842]
Whatsapp|LINE : 0193121609 
Emel : honeyonnee@gmail.com

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya

13 June 2013

Performance Drink Shaklee ~minuman isotonik, minuman tenaga, minuman sukan

Performance Drink
(minuman isotonik)

PD ni dalam bentuk serbuk orange, so bancuh dengan air sejuk 
atau air suam atau pon dengan air ais

Saya suka minuman isotonik yang "satu" tu...memang sedap dan manis..tambah lagi kalo minum yang sejuk tu, perghhhh memang sedap je masuk tekak kan....minuman yang "satu" tu jugak disyorkan doktor kalo demam, dehydrated, kene denggi dan sewaktu dengannya ...tapi kadar kemanisan dia tu, saya rasa tak sesuai utk orang yang ada kencing manis....
tak per, jangan risau..ada cara lain yang lebih selamat utk anda......
bukan jer utk pesakit kencing manis, semua orang pun boleh minum Performance Drink ni....
atlet sukan amat disyorkan bagi kekalkan momentum..kurang haus..kurang penat...

Siapa lagi yang sesuai minum Performance Drink??
  • ibu menyusu yang sedang berpuasa 
  • pekerja yang selalu kerja di luar pejabat dalam keadaan panas terik matahari
  • atlet : orang yang bersukan, tak kira apa sahaja sukan walaupun setakat berjoging jer....suami saya peminat setia PD ni...dia akan minum sebelum main bola dan selepas main boleh..tahan lama katanya...lambat pancit...kalo tak, cepat jer nak stop sebab penat...
  • orang yang berpuasa (ambik semasa sahur dan berbuka puasa)
  • orang yang akan menjalani pembedahan dan selepas pembedahan
  • orang yang mengalami dehydrated 
  • kanak-kanak demam, cirit birit dan muntah, air kurang dalam badan, so tambah dengan PD
  • orang yang nak mengerjakan umrah dan haji di Mekah
  • orang yang kene demam denggi, gantikan dengan PD berbanding 100Plus yang manis
  • orang yang tiada selera makan
Kenapa Performance Drink ni sesuai utk  mereka??
  • meningkatkan daya ketahanan badan : beri tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, gantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, tingkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
  • membekal tenaga & daya ketahanan fizikal : PD mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalm tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. PD mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan cloride. PD juga dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang dalam kerja harian
  • mencegah penyahhidratan : kurangkan kehausan, cegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
  • kekalkan paras gula (sesuai utk orang diabetes kan) : terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot


11 June 2013

Ibu Hamil Tiada Selera, Badan Lemah Tidak Bertenaga, Hemoglobin (hb) Rendah, Alahan Teruk ~ Atasi Dengan Meal Shakes

Dapatkan setin Meal Shakes dengan Harga Buy 6 Free 1..
wallllaaaahhhhhh

hubungi saya;

Sheetah [ID: 881842]
Whatsapp|LINE : 0193121609
SMS : 0179005898
Emel : sheetah@yahoo.com

Bulan June 2013 ni promosi harga super duper runtuh Meal Shakes, maka dengan itu saya teruja nak share kebaikan produk yang satu ni buat semua orang di luar sana.....semua golongan dan semua peringkat umur pun boleh ambik, bukan terhad untuk kanak-kanak sahaja. Ibu hamil yang mengalami kurang selera makan, morning sickness yang teruk, badan lemah tidak bertenaga amat digalakkan ambik Meal Shakes ni.
Dengan rasa yang sedap dan lazat cam aiskrim vanilla tu, saya yakin semua orang akan suka dan jatuh cinta dengan Meal Shakes yang berbau wangi sangat.

(jika tengah berpuasa, jangan cuba-cuba berani hidu keharuman Meal Shakes..ahakkzzzz)

Kenapa Meal Shakes sesuai buat ibu hamil??? lagi khasiat meal Shakes di SINI

  • lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk kesihatan optimum 
  • nutrisi ini membantu melengkapkan ruang-ruang kosong dalam tubuh badan ibu yang kurang khasiat akibat patah selera
  • secara tidak langsung membekalkan nutrisi buat bayi untuk membesar dengan sihat
  • anti-oksida yang membantu melawan jangkitan penyakit dan yang best, sekaligus ia melambatkan proses penuaan. bonus untuk kelihatan awet muda
  • mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat bagi membantu menstabilkan paras hemoglobin (hb) dan membantu mencantikkan kulit....wahhh, bonus lagi utk ibu kelihatan berseri semasa hamil
  • membantu ibu hamil yang kerap sembelit supaya sentiasa lawas je..elakkan sembelit yea, bahaya utk ibu terutama ketika nak bersalin nanti..takut terkena buasir plak.

Resipi Meal Shakes buat ibu hamil :

Resipi #1 : Jus Kurma (makanan sunnah & sangat digalakkan buat ibu hamil)


Bahan A
4-5 biji kurma (ikut selera masing-masing)
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli 
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah

1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim. 
4. Siap untuk dihidangkan.

Resipi #2 : Carrot Smoothies


google

Bahan A
2 biji lobak merah,dikupas dan dihiris
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah
1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
4. Siap untuk dihidangkan.

Resipi #3 : Strawberry Smoothies

google


Bahan A
4-5 biji strawberry (ikut selera masing-masing)
200ml susu rendah lemak

Bahan B
150 ml yogurt asli 
1 sudu besar Meal Shakes ( untuk dewasa) / 1 sudu kecil Meal Shakes (untuk kanak-kanak)
Kuib ais

Langkah-langkah

1. Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut.
2. kemudian tuang Bahan B dan masukkan kiub ais, kisar sekali lagi.
3. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim. 
4. Siap untuk dihidangkan.

ok, resipi ni boleh ubah-ubah, tak kesah nak guna buah-buahan apa, ikut selera masing-masing.....kaedah dan cara, boleh follow jer langkah-langkah di atas....

#sedapppnyaaaaaa.......entry ni betul-betul buat saya tak sabar nak balik rumah....#
yummmieeee

10 June 2013

"Anak Saya Makin Berselera" , "Anak Saya Cemerlang Dalam Pelajaran" , Anak Saya Dah Kurang Diserang Asma ~ mode: happy

Testimoni #1 : anak jarang demam, selsema dan sakit...dan very amazing, kalau dia kene asma   pun, dia still aktif


Testimoni #2 : kesihatan mereka bertambah baik, stamina dan kecerdasan mental serta fizikal juga meningkat ~ semakin cemerlang dalam pelajaran



Testimoni #3 : just realize Meal Shakes ni rupanya bukan setakat membantu anak yang picky eater, malah membantu kanak-kanak yang ada masalah ekzema



Testimoni #4 : hidong x runny nose lg...bo pon ok da..xda angis..x da merah muka..



Testimoni #5 : macam-macam cara nak bagi anak selera makan.....bila bg Meal Shakes sesudu dlm susu dia selera jadi bertambah...asik nak mengunyah jer.......poo poo pn lawas.....tak rugi melabur utk si manja


Testimoni #6 : fully bf, tapi anak tetap sakit...opppppss, bukan salah susu ibu yea....lain kanak-kanak , lain keadaan dia.... (susu ibu tetap yang terbaik.....)
ibu ini beri meal shakes untuk anak , lepas a few months amalkan Meal Shakes, anak belum pernah demam sampai sekarang, selara makan menjadi-jadi..Alhamdulillah syukur dipertemukan dengan Meal Shakes ni


"sharing is lurve"

bagi ibu-ibu yang dah amalkan Meal Shakes, pasti tahu kebaikan dan faedah Meal Shakes..bagi anda yang masih ragu2 atau takut2 nak cuba, boleh klik SINI ....
detail tentang Meal Shakes'

yang pasti Meal Shakes Shaklee tiada bahan2 pemanis atau pengawet...dah yang pasti HALAL....
 tiada sedikit pon guna sumebr daripada haiwan, semuanya tumbuhan..
sebab itu lah, Meal Shakes ni juga sesuai utk orang VEGETARIAN
________________________________________________________

Untuk dapatkan set vitamin Shaklee, mengikut bajet anda, boleh hubungi saya yea...free consultation jer...
jangan segan-segan..malu bertanya, sesat jalan >____<


Sheetah [ID No: 881842]
Whatsapp|LINE : 0193121609 / SMS : 0179005898
Emel : sheetah82@yahoo.com

DISCLAIMER 1#

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya

9 June 2013

Asma

google

Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Deskripsi
Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang kronik yang melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan bagi udara yang disedut untuk memasuki paru-paru. Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

( i ) Asma alahan
Asma jenis ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik.Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini. Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain dalam makanan. Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Asma alahan ini selalunya disertai dengan gangguan alahan-alahan lain seperti Dermatitis,Urtikaria dan Rinitis

( ii ) Asma bukan alahan
Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan
lagi keadaan asma jenis ini. Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.

Keterukan asma:
• Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
• Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
• Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang bereterusan dan kerap.

Asas Saintifik
Sistem penafasan manusia membekalkan oksigen ke seluruh badan. Ia juga bertindak sebagai laluan untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang tidak diperlukan. Sistem respiratori> manusia terdiri daripada:
  • Hidung - sebagai pintu masuk udara persekitaran yang mengandungi oksigen dan juga sebagai pintu keluar bagi karbon dioksida. 
  • Saluran Udara - berperanan sebagai laluan sebelum udara memasuki paru-paru dan selepas udara dibebaskan dari paru-paru. Saluran udara ini mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiul (bronkus yang lebih kecil). 
  • Paru-paru - tempat di mana berlakunya pertukaran di antara oksigen yang disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah. 
google


Mereka yang menghidap asma memiliki saluran udara yang sangat sensitif dan mudah terdedah kepada pencetus asma tertentu. Semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah: 

• Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/spasma)
• Penghasilan mukus yang berlebihan
• Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara.

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus. Pengidap asma akan merasa seperti tercekik. Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuk ke paru-paru, udara ini akan terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi.

Penyebab
Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung:

• Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.

Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen. Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema.

Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut.
• Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
• Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
• Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.

Faktor - Faktor Risiko
Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.
Pencemaran udara - mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya,ibu bapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.
Bayi pramatang - bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.
Merokok - rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.

Rawatan Pertolongan Cemas
Apabila serangan Asma berlaku, anda perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Sementara menunggu ketibaan bantuan dari pihak yang berkenaan, anda seharusnya melakukan perkara-perkara berikut:
• Tenangkan pesakit tersebut. Pesakit yang tenang dapat membantu memudahkan pernafasan dan seterusnya mengelakkan serangan Asma menjadi lebih buruk.
• Bantu pesakit untuk duduk mencondong ke hadapan. Kedudukan ini akan membantu menghalang penyempitan saluran udara.
• Pastikan pengudaraan yang baik. Ini adalah untuk memastikan pesakitmemperolehi bekalan oksigen yang mencukupi.
• Jika pesakit mempunyai ubat, pastikan dia menggunakan ubat tersebut sebaiknya untuk meredakan gejala-gejala Asma. Jika Asma tersebut hanya serangan ringan, bantuan perubatan kecemasan tidak begitu diperlukan. Namun begitu, jika serangan tersebut berpanjangan dan ubat tidak berkesan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Rawatan Farmakologi
Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan untuk Asma. Namun begitu, biasanya ubat ini diambil melalui penyedutan. Cara ini adalah yang paling efektif untuk membolehkan ubat masuk terus ke saluran udara. 

Teknik penggunaan alat sedut (inhaler) ini perlu dititikberatkan. Penghidap Asma perlulah memastikan cara penggunaan alat ini dengan betul melalui bantuan doktor ataupun pegawai farmasi.

Terdapat pelbagai jenis ubatan yang digunakan untuk mengawal gejala Asma, termasuklah:

Ubat anti-inflamasi - Ubat jenis ini digunakan untuk mengurangkan keradangan pada saluran udara dan ini biasanya disediakan dalam bentuk kortikosteroid yang disedut. Ubat ini dapat menahan serangan asma daripada berlaku dan juga untuk menghalang gejala-gejala asma seperti batuk, kesukaran bernafas dan bunyi ronkus. Ubat anti-inflamasi hendaklah diambil secara berkala. Terdapat pelbagai jenis ubat anti-inflamasi ini dalam pasaran seperti Becotide dan Pulmicort

Bronkodilator - Fungsi ubat ini adalah untuk mengendurkan otot yang menyelaputi tiub bronkiul. Bronkodilator memberikan kelegaan yang segera terhadap gejala-gejala asma dan menghentikan serangan asma. Ia boleh diambil secara oral/telan ataupun secara penyedutan. Dua jenis Bronkodilator yang biasa digunakan ialah Aminophylline dan Theophylline. Satu contoh Bronkodilator yang diambil secara penyedutan yang biasa terdapat di pasaran ialah Ventolin.

Profilaksis
Ubat atau dadah jenis ini digunakan untuk menghalang serangan dari berlaku. Ia tidak digunakan untuk merawat serangan yang sedang berlaku. Contoh dadah jenis ini ialah Cromolyn Sodium (Intal).

Terdapat hirarki dalam merawat penghidap asma bergantung kepada keterukan serangan mereka.
• Serangan asma ringan - Bronkodilator secara menyedut atau oral
• Serangan yang lebih serius - Kortikosteroid dan Bronkodilator (oral / inhalasi)
• Asma teruk yang akut - pesakit dimasukkan ke hospital, diberi bantuan oksigen dan menerima ubat secara intravena.

Kesan buruk penggunaan ubatan secara berlebihan (terutamanya yang diambil secara penyedutan).
Kesan sampingan ubat yang diambil secara penyedutan termasuklah:
• Sakit kerongkong/tekak
• Jangkitan pada mulut
• Denyutan jantung yang cepat
• Sakit kepala
• Perengsaan di perut
• Gangguan selera makan
• Boleh menyebabkan gangguan proses tumbesaran


Pemantauan
Pemantauan di rumah memudahkan pesakit memantau keadaan Asma merekasetiap hari. Sejenis alat yang dipanggil Peak Flow Meter boleh digunakan untuk memeriksa fungsi paru-paru. Ia boleh memberitahu samada saluran udara tersebut sempit ataupun tidak. Alat ini juga boleh memberitahu samada ubat diperlukan atau tidak, berpandukan kepada gejala pada hari tersebut.

Alat ini dapat mengukur kelajuan udara yang dihembus keluar dari paru-paru. Struktur asas alat ini terdiri daripada satu tiub bersama indikator yang boleh menggelongsor. Indikator ini bergerak di sepanjang skala pada tiub tersebut.

Untuk menggunakan alat ini, pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan ke dalam tiub tersebut sekuat hati.
• Asma anda berada dalam keadaan baik jika bacaan pada meter adalah di antara 80 - 100%
• Jika bacaan anda di antara 50 - 80%, anda perlu berhati-hati kerana asma anda tidak dikawal dengan baik. Bersedialah dengan ubat sekiranya serangan yang mengejut terjadi.
• Jika bacaan anda di bawah 50%, ambil ubat dan cuba hembus lagi. Jika bacaan masih tidak meningkat, jumpa doktor anda secepat mungkin.

Ambil bacaan anda setiap pagi. Gunakan bacaan tersebut untuk menentukan aktiviti anda pada hari tersebut. Kemudian cuba gredkan sama ada gejala anda pada hari tersebut tiada, ringan, sederhana atau pun teruk. Jika anda mengalami serangan Asma, cuba kenal pasti pencetusnya. Setelah anda merekodkan keadaan Asma anda selepas beberapa bulan, anda akan lebih maklum mengenai keadaan Asma anda.

Anda juga perlu bersedia apabila simptom anda muncul. Sediakan perkara-perkara di bawah:
• Nombor telefon doktor anda
• Nombor telefon pusat rawatan kecemasan yang terdekat
• Preskripsi kecemasan untuk memudahkan anda memperolehi ubatubatan anda
• Tahu cara untuk mengambil ubat dengan betul

Insidens
Di Malaysia sehingga tahun 1999, 5% dari orang dewasa dan 10% kanak-kanak menghidap Asma. Jadual di bawah menunjukkan peratusan penghidap Asma berasaskan umur:

Sumber: National Health Interview Survey, National Center for Health Statistics, 
1989. The New Straits Times - 19/9/1999 

Tanda - Tanda Dan Gejala
Penghidap Asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan
yang berlaku pada saluran udara.
• Semasa keradangan, penghasilan mukus akan meningkat. Pesakit akan batuk untuk membuang mukus tersebut. Batuk merupakan mekanisma semulajadi untuk membuang bendasing yang tidak diperlukan di dalam sistem penafasan.
• Keradangan juga menyempitkan lagi saluran udara dan menyebabkannya spasma (kejang). Ini menyebabkan penghidap Asma mengalami kesesakan nafas dan penyempitan dada. Bunyi ronkus dihasilkan apabila udara melalui saluran udara yang sempit.
• Apabila kurang udara memasuki paru-paru, maka kuranglah oksigen yang dibekalkan. Kekurangan oksigen ini menyebabkan muka dan bibir pesakit asma berubah menjadi pucat dan kebiruan dan nadi pesakit juga akan meningkat. Apabila gejala ini muncul, beri rawatan pertolongan cemas dan dapatkan bantuan dengan segera.

Komplikasi
Seseorang individu yang menghidap asma lama kelamaan akan mengalami kesan jangka panjang jika penyakitnya tidak dikawal dengan betul. Kesan-kesan buruk yang mungkin berlaku termasuklah:
• Keletihan bernafas - pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah disebabkan penyempitan saluran udara yang menyebabkan pesakit susah untuk menyedut udara. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk bernafas, sehingga pesakit berasa letih.
• Pneumotoraks - satu keadaan di mana berlakunya pengumpulan udara yang berlebihan di bahagian-bahagian tertentu dalam paru-paru. Ini terjadi kerana penghidap asma menghadapi masalah untuk menghembus udara keluar. Ini menyebabkan lebihan udara terkumpul di dalam paru-paru. Lama-kelamaan, udara ini terkumpul dengan banyak menyebabkan berlakunya Pneumotoraks.

Ujian - Ujian
Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk mengesahkan Asma anda.
• X-ray dada digunakan untuk memeriksa sebarang keabnormalan pada paru-paru.
• Kiraan sel darah juga amat berguna untuk mengesan Asma. Ini kerana penghidap Asma mempunyai paras eosinofil yang tinggi. Eosinofil merupakan sejenis sel darah putih yang akan meningkat parasnya dalam keadaan alahan. Sel darah diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran eosinofil. Peningkatan sel darah putih secara keseluruhan juga boleh menandakan kehadiran jangkitan yang boleh mencetuskan serangan Asma.
• Ujian alahan pada kulit. Ujian ini adalah untuk memastikan kehadiran alahan pada seseorang individu. Ujian ini boleh mengesahkan kewujudan alergen-alergen yang mungkin menyebabkan tindakbalas alahan kepada
pesakit tersebut.
• Ujian-ujian tambahan seperti ujian fungsi pulmonari dan gas darah arteri juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti fungsi paru-paru pesakit.

Prognosis
Asma adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun begitu, jika ia dikawal dengan baik, penghidap Asma boleh menjalani kehidupan yang biasa seperti orang lain.

Pencegahan
Perlu diingat bahawa kelegaan gejala Asma biasanya tidak datang dari ubat-ubatan. Ia datang dari pengenalpastian pencetus serangan Asma. Pesakit mesti belajar untuk mengenalpasti dan mengelak daripada pencetus, berjaga-jaga dengan sebarang keadaan atau bahan yang boleh memburukkan lagi Asma mereka serta mengambil ubat mengikut nasihat doktor.

Mengenalpasti serta mengelakkan pencetus
Setiap pesakit Asma mempunyai pencetus Asma yang berbeza. Pertama sekali anda perlu memahami pencetus Asma anda sebelum boleh mengelakkannya. Penghidap Asma alahan perlulah mengawal persekitaran di luar dan di dalam rumah. Berikut merupakan petua untuk mengurangkan pencetus Asma di dalam rumah.
• Bersihkan kawasan luar dan dalam rumah setiap hari untukmenghapuskan habuk.
• Kurangkan hama dengan membasuh serta membersihkan tilam, alas tilamdan selimut, sekali seminggu.
• Elakkan sebarang haiwan dari memasuki rumah anda jika anda alah dengan haiwan peliharaan.
• Jangan benarkan orang merokok di dalam rumah anda.
• Buangkan segala kulat yang dijumpai di rumah. Anda boleh membasmi kulat menggunakan peluntur
• Peningkatan kelembapan di dalam rumah boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan hama. Biarkan sinaran matahari memasuki dalam rumah anda.

Berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang boleh memburukkan keadaan Asma anda. Jika anda menghidap Asma yang diaruh oleh senaman, rujuk kepada doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman. Kemudian mulakan program anda secara perlahan-lahan bergantung kepada keadaan anda. Sewaktu bersenam, pastikan anda mengamalkan teknik pernafasan yang betul. Adalah lebih elok jika anda bersenam di dalam rumah kerana anda boleh mengelakkan pencetus Asma dari kawasan persekitaran.
• Senaman penafasan adalah sejenis senaman yang disarankan untuk penghidap Asma. Senaman ini boleh membantu meningkatkan kapasiti paru-paru jika diamalkan selalu. Ia juga boleh membantu anda bertenang terutamanya dalam menangani serangan Asma.
• Udara yang sejuk dan berkelembapan tinggi mampu mencetus serangan Asma. Penghidap Asma perlu mengelakkan diri daripada keluar rumah jika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jika anda perlu keluar dari rumah, lindungi hidung dan mulut anda dengan menggunakan kain atau topeng. Ini boleh membantu meningkatkan suhu udara. Ambillah ubat-ubatan yang betul. Pendekatan yang berjaya dalam pengawalan Asma bergantung kepada penggunaan ubat anti-inflamasi dan bronkodilator dengan cekap. Pastikan anda mengambil ubat-ubat tersebut mengikut nasihat doktor. Sumber

2 June 2013

Meal Shakes~sarapan pagi yang berkhasiat untuk semua golongan

544gm
Perisa Vanilla

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Sumber : Shaklee Malaysia

Fakta Nutrisi Meal Shakes


wajah Meal Shakes (^__^)
bau wangi sangat, cam aiskrim vanilla

Kenapa wajib pilih Meal Shakes??
  • Nutrisi lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang membantu menyerap vitamin larut lemak.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh : kaya dengan protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun.
  • Membantu tumbesaran : mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina sel-sel dan tulang untuk proses tumbesaran kanak-kanak.
  • Anti-oksida : mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang bertindak sebagai agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah : mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan seterusnya memjadikan kulit lebih cantik.
  • Detoksifikasi : kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Lazat & Sedap : Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera jika badan  kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. 
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
  • Boleh dinikmati oleh semua golongan 
Siapa yang disarankan ambil Meal Shakes??
  • kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas (dos pengambilan berbeza mengikut umur)
  • pelajar
  • kanak-kanak sedang membesar
  • ibu mengandung
  • para atlet
  • pengamal sayuran (vegetarian)
  • orang sakit
  • orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Perbezaan Meal Shakes Shaklee:
  • lengkap dengan asid amino dan nutrisinya mudah serapa dalam badan
  • diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soyam lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain
  • Lactalbumin : bahan terbaik dan emngandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa dan biasanya mengandungi pelabagai nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, bacteriolusin dan sebagainya.
Note : 120 kalori setiap hidangan Meal Shakes...

Apa feedback csutomer tentang Meal Shakes??? klik SINI dan SINI juga....

Dos pengambilan berbeza-beza mengikut umur...dapatkan free consultation sebelum anda memilih untuk mengguna produk Shaklee

________________________________________________________________


Untuk dapatkan set vitamin Shaklee, mengikut bajet anda, boleh hubungi saya yea...free consultation jer...
jangan segan-segan..malu bertanya, sesat jalan >____<

Sheetah [Shaklee ID : 881842]
Whatsapp|LINE: 019-3121609  | SMS : 017-9005898
Emel : sheetah82@yahoo.com

DISCLAIMER 1#
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

DISCLAIMER 2#
Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pambacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya

Lilypie Breastfeeding tickers
Breastfeeding Journey Nur Humayraa Nadra